Monday, 7 September 2015

Orang Tua dan Laut


Orang Tua dan Laut, Ernest Hemingway, translated by Abdullah Hussain, Oxford University Press, 1961.




   “Ia merasakan tarekan yang lunak, dan kemudian lebeh kuat tarekan-nya apabila kepala sardine itu tentu-nya lebeh sukar di-renggut daru mata panching. Kemudia tidak ada apa2.

‘Ayoh,’ orang tua itu berkata dengan kuat. ‘Berputar-lah sakali lagi. Choba-lah chium. Tidak-kah bagus? Makan-lah betul2 sekarang ini dan disana ada ikan tongkol. Keras, dingin dan bagus. Jangan malu2, ikan. Makan-lah’ “

“Aku tidak dapat berbuat apa2 dengan-nya, dan dia pun tidak pula dapat berbuat apa2 dengan aku, pikir-nya. Tidak akan terjadi apa2 sa-lagi dia terus menerus bagini”

“Ikan2 ini bagus,’ kata-nya. ‘Mereka bermain dan bergurau dan saling menchintai antara satu dengan yang lain. Mereka itu saudara seperti ikan terbang’”

“Ikan.’ Kata-nya. ‘Aku chinta pada-mu dan sangat hormat pada-mu. Tetapu aku akan membunuh engkar sampai mati sa-belum seiang ini berakhir.”

“Berbahagia-lah Marian penuh dengan Kurnia Tuhan ka-atas-mu. Di-berkati engkau di-antara wanita2 dan di-rahmati anak yang engkau kandong, Nabi Isa. Mariam Yang Suschi, Ibu kepada Tuhan, berdo’a-lah bagi kami orang yang berdosa ini sekarang pada saat kami menunggu mati. Amin.’ Kemudian dia menambahkan, ‘Berbahagia-lah Marian, berdo’alah untok kematian ikan ini. Mesku pun dia itu sangat mengagumkan.’

“Ikan’ kata-nya dengan perlahan-lahan, dan dengan suara kuat, ‘aku akan tinggal bersama-sama dengan engkau sampai aku mati.”

“Engkau membunoh aku, ikan, pikir orang tua itu. Tetapi engkau juga mempunyai hak. Belum pernah aku melihat ikan yang lebeh besar, atau lebeh indah, atau lebeh tenang atau lebeh mulia daripada engkau, saudara-ku. Ayoh bunoh-lah aku. Aku tidak peduli siapa membunoh siapa.”

“Jangan banyak pikir, orang tua.’ Kata-nya dengan kuat. ‘Belayar-lah terus mengikut arah ini dan terima saja apa yang dating.’

Tetapi aku mesti berpikir, pikir-nya. Kerana itu-lah saja yang maseh ada pada-ku.”

“Tetapi dia gemar memikirkan segala sa-suatu perkara yang melibatkan dia di-dalam-nya dan kerana tidak ada apa2 yang akan di-bacha dan dia tidak pula mempunyai radio, dia banyak berpikir dan dia terus menurus berpikir tentang dosa. Engkau membunuh ikan itu bukan hanya untuk hidup dan kerana untok di-jual sa-bagai mata pencharian, pikir-nya. Eengkau membunoh dia kerana bangga dan kerana engkau sa-orang nelayan. Engkau sayang akan dia ketika dia hidup dan engkau sayang akan dia sa-sudah itu. Jikalau engkay sayang akan dia, maka bukanlah satu dosa untok membunoh-nya. Atau lebeh daripada dosa?“

Saturday, 15 August 2015

'10 Tahun Sebelum Merdeka'


Stills from '10 Tahun Sebelum Merdeka' by Fahmi Reza








Falsafah Melayu: Kehormatan dalam Intergrasi dan Penyesuaian

Persoalan:
Falsafah masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem kepercayaannya sehingga
dianggap sebagai bidang teologi oleh ahli falsafah Barat. Sejauh mana kamu bersetuju
dengan pernyataan ini. Berikan contoh-contoh kukuh untuk menunjukkan pengaruh sistem
kepercayaan dalam membentuk falsafah Melayu.

Falsafah Melayu: Kehormatan dalam Intergrasi dan Penyesuaian

Tahun 1850, Seorang pegawai Syarikat Hindia Timur Belanda menjejakkan kaki beliau ke tanah Palembang. Berpakaian serba Eropah, panas tropika di tahannya. Nelayan di persisiran pantai terpinga. Pernah dia membaca tentang penduduk di kawasan ini dalam tulisan yang dicatat oleh pegawai Eropah yang telah sampai ke Nusantara beberapa tahun sebelumnya, tetapi ini adalah kali pertama beliau bertemu bersama mereka, pegawai Eropah itu mengeluarkan pensel dan buku nota beliau. Para penduduk mula mendekatinya. Ditanya oleh si orang Eropah ‘Apakah awak Melayu?’. Mereka menjawab, ‘Kita ini orang’ (Maier: 2011, 300)

Mungkin jawapan yang dibalas terdengar agak janggal jika perkara yang sama berlaku pada zaman ini. Tetapi, jika kita dapat berfikir sejenak, jawapan itu dapat dilihat sebagai representasi pemikiran Melayu sebelum jajahan pihak kolonialisme Eropah. Yang dimaksukdkan disini, jawapan yang diberi tidak menjawab soalan yang ditanya tetapi pada masa yang sama, tidak salah – Pihak Eropah sangat taksub dengan sistem ‘mengkategorikan’, mereka membawa pemikiran itu ke Nusantara, dengan harapan para penduduk disini mempunyai sentimen yang sama, dimana mereka mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam sistem ‘pergolongan’. Tetapi jawapan yang diberi, menujukkan bahawa penduduk di nusantara ini mempunyai minda yang amat terbuka, yang bergerak dengan bebas, dimana, pada zaman pra-kolonial, sentiment ‘menggolongkan’ diri tidak begitu ketara – Mungkin mereka sedar mereka Melayu, tetapi pertama sekali, mereka adalah orang.

Perbualan diantara pegawai Eropah dan penduduk Palembang itu adalah titik tolak wacana ini yang memerlukan pembahasakan Falsafah Melayu. Persoalan ini telah dikemukakan dalam bentuk pernyataan ‘Falsafah masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem kepercayaan sehingga dianggap sebagai bidang Teologi oleh ahli falsafah barat.’. Di dalam pernyataan ini kita dapat mengenal pasti beberapa frasa kunci iaitu – Pertama; Falsafah Masyarakat Melayu, kedua; Dianggap sebagai bidang Teologi dan ketiga; Ahli Falsafah barat. Walaupun persoalan ini berlegar diantara hubungan falsafah Melayu dan hubungannya sebagai sesuatu yang berkemungkinan tergolong dalam bidang teologi. Faktor ‘Falsafah Barat’ adalah sesuatu yang tidak harus dianggap sebagai faktor pasif.

Teologi dan Falsafah adalah cabang-cabang teori yang bersifat ‘Universal’, teori yang dapat di teroka oleh sesiapun dalam keadaan apapun. Saya mempercayai bahawa keunikkan pembahasan ini terletak dalam hubungan persepsi dunia barat terhadap dunia Melayu berlandaskan falsafah kedua-dua dunia ini. Saya kini akan membicarakan persoalan ini pertama sekali dengan memberi pandangan tegas terhadap pernyataan yang disebutkan – Ia adalah satu kesilapan yang besar jika Melayu jatuh ke dalam pemahaman ahli falsafah barat yang mengkategorikan Falsafah Melayu sebagai bidang Teologi secara mutlak.


I. Hubungan Dunia Barat dan Dunia Melayu: Pemikiran Eropah

Kedatangan kuasa Imperial Eropah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 menyaksikan penukaran landskap sosial, politik dan intelektual yang amat terkesan kepada di Nusantara ini. Walau bagaimanapun, itu bukanlah kali pertama dunia Melayu merasakan gelombang kuasa jajahan. Malayu, sebuah kuasa politik pertama Melayu telah ditakluk oleh kuasa politik lebih besar Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada hujung abad ke-7. Boleh dikatakan Melayu juga sebuah bangsa penjajah pada awal sejarah Nusantara. Namun begitu, menurut ahli sejarah Kenneth R. Hall, penaklukan Malayu oleh Sriwijaya bukanlah berniat untuk menguasai selat Sunda dan Melaka yang begitu penting bagi perdagangan bersama dunia luar, tetapi penaklukan tersebut dilakukan untuk menyatukan Bangsa Melayu (Hall: 2011, 113).

Walaupun sistem pentadibiran negara dibawah naungan kesultanan Melayu Melaka yang bermula pada abad ke-15 sering menjadi kemegahan Bangsa Melayu hingga kini, kita tidak seharusnya lupa tentang sejarah yang mencorak Melayu sebelum abad ke-15. Geografi Tanah Melayu yang terletak diantara timur dan barat telah menjadikannya sebuah lokasi yang sesuai yang menemukan kedua-dua dunia untuk aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan antarabangsa oleh Melayu dapat dikaji semula seawal abad ke-5 di Kedah yang lalu berintegrasi bersama kuasa Sriwijaya (Andaya: 2010, 39)

Interaksi melalui perdagangan antarabangsa yang juga pada masa yang sama menyaksikan penaklukan oleh kuasa luar seperti Chola dari India pada abad ke-11 ataupun kuasa dalam seperti Majapahit pada abad ke-14, tidak hanya membentuk sistem ekonomi di rantau ini tetapi juga membentuk sistem kebudayaan Melayu. Bermula dengan kepercayaan animisme yang sinonim dengan kerpercayaan kekuasaan alam, kebudayaan pengaruh agama Hindu yang lebih konkirt hadir dan memperkenalkan sistem pentadbiran dan kepercayaan terhadap agama. Kedatangan Islam pula kemudian menghalusi kebudayaan Melayu dengan lebih jauh lagi melalui syariah Islam. Menurut ahli sosiologi Pitirim A. Sorokin, kebudayaan hanya dapat mempertahankan kekreatifannya dengan mengubah dasar-dasar lama dengan dasar-dasar baru apabila dasar lama telah habis kemungkinannya (Alisjahbana: 1966, 14). Melayu amat memandang tinggi terhadap intergrasi kebudayaan lama dan baru. Dari itu, Melayu bergerak dengan falsafah yang mementingkan integrasi nilai dalam pelbagai aspek kebudayaan.

Dunia Melayu telahpun hidup dalam sistem kebudayaan yang bertamadun yang terbina dari perubahan sejarah yang dialami sekian berabad-abad lamanya. Dan sudah tentu juga falsafah yang unik pada masyarakat Melayu telahpun wujud selaras dengan perkembangan tamadun Melayu. Namun dunia Melayu merasai gelombang pengaruh barat dalam pelbagai aspek yang bermula pada awal abad ke-19.

Kelainan kemasukkan Eropah ke Nusantara berbanding kuasa luar lain terletak dalam pemahaman mereka. Dimana kuasa jajahan mereka bukan hanya terdorong oleh semangat Imperialistik tetapi juga atas dasar yang tidak kurang pentingnya, iaitu niat untuk merombak pemikiran Melayu supaya menjadi selaras dengan apa yang mereka percayai ‘gaya hidup dan pemikiran bertamadun’.

Harus kita sedari, bahawa penjajahan Eropah terselindung dalam cara mereka mengendalikannya, iaitu atas dasar ‘Imperilisme Humanitarian’. Dimana secara amnya, ramai yang memahami dasar ini dapat memajukan lagi masyarakat yang dijajah. Tidak boleh dinafikan bahawa kemajuan yang telah dikecapi oleh Melayu sedikit-sebanyak terjadi atas kuasa jajahan. Namun begitu kita harus memahami niat ‘Imperialise Humanitarian‘ dengan lebih mendalam lagi.

Bangsa Eropah mempercayai bahawa mereka adalah bangsa termaju dan bertamadun, dan yang pertama sekali mencapai kesedaran politik, gagasan kedaulatan rakyat dan bangsa (Arifin: 2006, 17) Pemikiran ini diterapkan lebih mendalam lagi apabila teori Darwinisme berputik, meningkatkan lagi kepercayaan bangsa berkulit putih bahawa mereka lebih mulia berbanding dengan bangsa kulit lebih gelap yang dianggap lebih cenderung ke kegasaran dan kejahatan (Morris: 1968, 137). Pemikiran ini dapat diselengarakan dalam bentuk kepercayaan bahawa bangsa Eropah harus memimpin Bangsa bukan Eropah kepada nilai ketamadunan, berpolitik secara betul dan mempertahankan tradisi liberal (Arifin: 2006, 21). Pemikiran ini mendapat sokongan kalangan elit Eropah yang kemudian dihantar untuk meneroka kawasan-kawasan yang berpontensi untuk dijajah.

II. Hubungan Dunia Barat dan Dunia Melayu: ‘Hard-Line’ - Mengakategorikan

Pemikiran ‘Imperialisme Humanitarian’ yang bersifat sangat konkrit dan dipegang dengan kuat oleh pihak Kolonial dalam misi mereka juga menimbulkan sikap ‘Hard-Line’. Dimana dalam pemikiran ini, Bangsa Eropah harus menjadi asas setiap perbandingan dan sumber rujukan dalam sebarang rujukan (Arifin: 2006, 17). Ini menyebabkan ketidak-endahan atau kurang endah terhadap segala aspek yang telah wujud dalam kawasan yang mahu dijajahinya. Meninjau kembali persoalan wacana ini dimana ahli falsafah barat telah menganggap bahawa falsafah Melayu adalah sebuah bidang teologi, ini adalah sebuah refleksi pemikiran barat yang masih berlegar dalam sistem ‘hard-line’. Dalam erti kata, ahli falsafah barat yang tergolong dalam Bangsa Eropah memandang tinggi kepentingan mengkategorikan sesuatu atas dasar yang dicipta oleh mereka tanpa memahami apa yang telahpun wujud. Keunikkan atau kelainan definasi ‘Falsafah’ dalam dunia Melayu tidak dianggap sebagai ‘Falsafah’ tetapi sebagai ‘Teologi’ kerana bentuknya tidak ‘sama’ seperti bentuk falsafah yang difahami dunia barat. Mengkategorikan falsafah melayu sebagai Teologi adalah satu kesilapan kerana ia seakan mempersia-siakan pembentukan falsafah yang bukan hanya berteraskan kepercayaan yang telah wujud dalam dunia Melayu hanya kerana dianggap ‘tidak setaraf’ didalam pandangan dunia barat.



III. Falsafah Melayu : Dari sudut pandang Sutan Takdir Alisjahbana

Falsafah secara ‘universal’ dibina oleh 3 faktor utama walaupun rumusannya berbeda-beda: Metafisika, Teori Pengetahuan dan Nilai. Sistem falsafah tercetus apabila integrasi ketiga-tiga faktor terjadi. Tiap-tiap sistem falsafah mempunyai tekanan faktor yang berbeda-beda tergantung kepada ahli falsafah itu sendiri. (Alisjahbana: 1966, 1)

A. Nilai

Didalam wacana penerangan pemahan saya terhadap falsafah Melayu, saya ingin menggunakan faktor ‘Nilai’ sebagai rangka penerangan. Menurut sasterawan dan ahli falsafah Melayu asal Sumatra, Sutan Takdir Alisjahbana, faktor ‘Nilai’ adalah titik penemuan faktor Metafisika dan Teori pengetahuan.

Konsep hidup yang diterangkan oleh Sutan Takdir Alisjahbana adalah ‘Keseluruhan berintegrasi yang terbatas menurut waktu, yang menjelma dalam pertumbuhan, yang berhubungan dan menyesuaikan diri dengan sekitarannya.’  Proses integrasi dan penyusaian ini pula dimasukkan dalam konsep Budi dimana adanya kesedaran terhadap proses mempengaruhi antara kehidupan manusia bersama kehidupan alam, masyrakat dan lingkungan kebudayaannya (Alisjahbana: 1966, 4). Kehidupan adalah satu proses penyesuaian dan intergasi yang berterusan memerlukan manusia menilai dan memilih. Proses penilaian pula dikatakan sebagai ‘ciri manusia terpenting dalam kehidupan inidividu, masyarakat dan kebudayaan’ dan mempunyai ‘Penerapan praktikal. (Alisjahbana: 1966, 4)

Sebab utama faktor ‘Nilai’ yang diterangkan oleh Sutan Takdir Alisjahbana dipilih untuk merepresentasikan Falsafah Melayu adalah kesedaran beliau akan kepentingan Integrasi dan Penyusaian dalam dunia Melayu. Walaupun keterangan beliau bersifat ‘universal’, pemahaman yang dilukiskan amat sinonim dengan pertumbuhan kebudayaan Melayu yang juga merangkumi Falsafah Melayu.

Menurut Sutan Takdir Alisjahbana, Nilai dibina oleh 6 faktor utama, iaitu: Benda-benda Ekonomi, Benda-benda Teori, Benda-benda Politik, Benda-benda Sosial, Benda-benda Estetik dan Benda-benda Agama.
           
i.               Benda-benda Ekonomi tergantung kepada kesedaran jika sesuatu itu dapat menguntungkan atau merugikan.
ii.              Benda-benda Teori dapat juga difahami sebagai gugusan Ilmu Pengetahuan. Yang tergantung didalam sifat penilaian benar atau salah. Dimana kebenaran ada postif dan kesalah adalah sebuah kekeliruan.
iii.            Benda-benda Politik adalah benda-benda yang mewakili Kuasa. Dimana kesan positif adalah satu Kekuasaan dan kesan negative adalah satu ketertundukan.
iv.             Benda-benda Sosial adalah representasi solidaritas. Yang menekankan nilai-nilai dalam hubungan sesama manusia. Logik solidaritas adalah Kesetiaan. Terutamanya dalam hubungan sosial.
v.              Benda-benda Estetik pula dapat difahami sebagai Nilai Seni adalah pemahaman estetik dimana sesuatu yang indah adalah sesuatu yang positif dan tidak indah adalah sesuatu yang negatif.
vi.             Akhir sekali adalah Benda-Benda Agama dimana nilai keagamaan adalah hubungan kepercayaan antara individu dan yang ghaib. Keghaiban adalah sesuatu yang tidak terdefinasi tetapi menurut Sutan Takdir Alisjahbana ‘ia tidak melumpuhkan manusia, malahan sebaliknya mengaktifkannya dan membawanya kedalam ketegangan dan dinamik yang dahsyat’

(Magnis-Suseno: 2005, 135)

B. Proses Penilaian

Integrasi keenam-enam faktor Nilai ini tercetus dalam 3 proses penilaian. Pertama: Proses Politik-Sosial yang merupakan aspek organisasi sosial dalam kebudayaan. Kedua: Proses Agama-Estetik merupakan aspek ekspresif dalam kebudayaan. Ketiga: Proses Teori-Ekonomi yang merupakan aspek progresif kebudayaan. Walaupun proses ini telah dibahagikan dalam 3 bahagian, keenam-enam faktor itu tidak terpisah secara mutlak. Sifat ketiga-tiga proses ini saling berkorelasi dan saling bergantung antara satu sama lain.


IV. Masa depan Falsafah Melayu

Sejarah Melayu yang unik telah menyaksikan proses penilaian tersebut berkolerasi antara satu sama lain. Penubuhan tamadun, kemasukkan agama baru dan kejatuhan pemahaman religius lama, kedatangan ilmu pengetahuan luar, penumpasan kuasa lama, kebangkitan semula semangat baru dan bermacam-macam lagi. Melayu bukanlah satu bangsa yang statik, tetapi sebaliknya, dan melalui perjalanan sejarah tercetuslah falsafah. Falsafah Melayu mencerminkan kepekaan dan kehormatan dalam penyesuaian dan integrasi bedasarkan cabang-cabang yang membina Nilai, bukan hanya berdasarkan sistem kerpercayaan sahaja.

Tidak ada yang statik dalam penghidupan manusia. Begitu juga falsafah Melayu, kita tidak akan dapat mendefinasikan falsafah Melayu secara lengkap. Tetapi apa yang penting sebagai Bangsa Melayu, kita harus berpegang teguh kepada pendirian yang telah dibina dan maju kehadapan tanpa gentar dengan unsur-unsur negatif yang dapat merubah pemahaman kita. Kata-kata Sutan Takdir Alisjahbana berbunyi ‘Kita harus menekankan bahwa bukanlah nasib yang menentukan pribadi, masyarakat dan kebudayaan manusia, tetapi adalah etik pribadi, masyarakat dan kebudayaanlah yang menentukan nasib manusia.’ (Alisjahbana: 1966, 328)

Wardah Mohamad
August 2015
-


Bibliografi
Maier, Hendrik M.J. “Melayu and Malay – A story of appropriate behavior’’ dlm Melayu – The Politics, Poetics and Pardoxes of Malayness, hlm. 300-329, 2011. Singapore: NUS Press.

Hall, Kenneth R. A History of Early Southeast Asia. 2011. Maryland: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.

Andaya, Leonard Y. Leaves of the same tree – Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka. 2010. Singapore: NUS Press.

Alisjahbana, Sutan Takdir. Antropologi Baru: Nilai-nilai sebagai tenaga integrasi dalam Pribadi, Masyarakat dan Kebudayaan. 1966. Jakarta, Indonesia: Penerbit P T Dian Rakyat

Azmi Arifin. “Imperialisme Eropah dan Warisan Pemikiran Tentang Nasiolisme Melayu’’ dlm Nasiolisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia, hlm. 16-43, 2006. Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Morris, James. Pax Britannica: The Climax of an Empire. 1968. London: Faber & Faber.


Magnis-Suseno, Franz. Pijar-pijar Filsafat – Dari Gatholoco ke Filsafat Perempuan dari Adam Muller ke Postmodernisme. 2005. Yogyakarta, Indonesia: Penerbit Kanisius.

Monday, 3 August 2015

Friday, 24 July 2015

The Ballad of the man who stood in front of the statue of Raffles

Suratman Markasan
Balada Seorang Lelaki di Depan Patung Raffles
(The Ballad of the man who stood in front of the statue of Raffles)
29 December 1979


Pak Suratman Markasan was born in Pasir Panjang, Singapore in 1930. He started writing in the early 1950s and later held important roles in the Malay literary movement ASAS50. I was a little skeptical about his writings at first knowing that his recent works were based on his philosophy of ‘Sastera untuk Islam’ or ‘Literature for Islam’. However, I was beyond excited to find this gem of his written in 1979. Written originally in Bahasa Melayu, the poem is a brave critic on the suffering that ‘the man who lost his head’ and his people had to go through under the colonizing power of the British, in which Raffles is being portrayed as biggest culprit.

It is a rather long poem, and you must excuse my translation, as I myself feel that is impossible to translate poetry. But I’ve tried my best! Here’s to SG50!

-
The Ballad of the man who stood in front of the statue of Raffles

I
Day One: dead wind rigid sun
Motorcycle Beetle Bus Truck Taxi Car Prime Minister
Expulsion of black smoke filled with poison
To the face of Raffles I smiled stiffly
To the nose of the man who lost his head
To the eyes of the faithful sergeant
To the red lips awaiting for the bus
Including the poster ‘Keep Clean’ it has nested

Raffles smiled stiffly
The man who lost his head sputtered
‘I’ve told you a thousand times
You cheated my ancestors dead and alive
You stole their possessions greedily
You shared it amongst friends of the enemies
You heard that Raffles? You heard?
I should have brought you to justice
To PBB in New York
Unfortunately, the judge doesn’t have any teeth.’

The man who lost his head whimpered
The crowd started whispering
The faithful sergeant moved his seat
Head moving finding grip
Raffles smiled stiffly
The equator’s sun continued to pinch and press
The skin felt dry and withered
The man who lost his head burst out laughing
He jumped from his squat
He pointed to Raffles who was asleep
‘I will bring you forward to Khomeini
let your body be nested in silver
your head and your neck strangled
hungry extremist and roaming justice’
He squats again. Ponders again.

He jumped suddenly and pointed
‘Your fate is still well Raffles
Khomeini is still fighting his own relatives
He is unwilling to speak to you’
Evening, the man who lost his head retreated orderly
Raffles smiled in his trial
The faithful sergeant made a report;
‘I thought he was crazy!’
Two ladies of his race in yellow singlet
Whispered ‘Who is the crazy one?’

II

Day two: The sun finally rises
Just like yesterday, the man who lost his head squats
Above him is Raffles with his arms folded, downcast
Remembering The Fame engulfed in flames
Devouring the Malay treasures of millions of dollars
Suddenly his thoughts were disrupted
Temasek evolved to Majulah Singapura
Chests full of brittling gold expands
Citizens of the King and Queen

Simultaneously the man who lost his head stood up
‘I will curse you for your sins for seven generations
you welcomed Farquhar and Lord Minto
your investigations were fine. Opened the doors of my city
Traders Laborers of the leaders expanding pockets
Building Temasek to be Singapura
Together with them entered the cheaters robbers murderers
I am left with bones and teeth
I curse you for seven generations without any delay!’
The petite lady the lobster Eurasian
The lady in shorts the Malay forgot her decency
Grinning while saying
‘What’s that mad guy doing, mann?’
The faithful sergeant stood quietly
His head recorded the atmosphere his eyes noted
The thighs of young maiden and beautiful faces

The man who lost his head pointed again
‘You are smart. You are well-liked by many
Abdullah praises you till his bones are black
Your words are like a sea of honey
That are able to break the unsure rocks
Tengku Long was trapped to be Sultan
Fed and carried
Bathe in skies of the angel’s heaven
Salary given as much as he wanted
To be the mouth with eyes shut’
He pointed again silently
And retreated without a word
The confused sergeant laughed

III

Day three: In front of the deserted bus stop
Raffles continues to stand without weary
The man who lost his head continues to swear
The poster read: ‘Stop at two!’
Accompanied by: ‘Try to be polite!’
Raffles laughed. The lives of the citizens are finally in order!

‘Berhenti! Stop!’
The man who lost his head pointed and shouted
The mass society who are waiting for their bus
Panicked and angered but just for short while

‘Everyone let’s look at Raffles who is getting tired
he will collapse in a while!’
and he laughed alone
‘Everyone look at this white man
I am not dumb. But that Raffles
You welcomed Crawfurd
A big liar from a big race
Seven generations of his will be struck by lightning
You allowed him to deceive Husin Syah
Your people seized my country
I curse your descendants for seven generations
Will revolt for revolt

He points in exhaustion
‘I am left with teeth and gums
you heard that? You heard that Raffles?’
Raffles smiled with his arms folded
Sergeant giggled, his report is little

IV

Day four: He stood by the river
Brooding over the small waves of the Singapore River
He sat a nearby bench
Faithful sergeant faithfully waiting
Suddenly he was taken aback

‘You’ve changed into white today
do you think I’ve turned old
that I no longer recognize you?
I will continue to hunt you
Just like sergeant peeking on me in the daylight!’
The faithful sergeant flushed

Unable to react just like Raffles
He broods over the peaceful waves as peaceful as his eyes
‘Raffles Farquhar Crawfurd Walter Raleigh
and the leaders of the world now
Are indifferent: 2 x 5 = 10
They keep the cheaters
They look after the executioners
They free the murderers
‘Astaghfirullah!’ exclaimed the faithful sergeant
‘You are mad! You are mad!

‘I am mad? You are mad! Raffles is mad! T’ien Tin Hui is mad! Everyone in the world are mad!’
they are still killing each other
little murders massive murders
you are mad! I’m not mad!’
and he walked away quickly

V

Day five: He wore a white Baju Kurung
With Samarinda Kain Pelikat complete with a white Songkok too
He stood at the mouth of the river
In front of the statue of Raffles in white shirt in white pants

‘I am not going to curse at you today Raffles
Abdullah said you were a nice man
That you did not like to swear
That you did not differentiate the rich from the poor
You did not like to be addressed as ‘mister’ or ‘sir’
Only Abdullah knew of your intentions
But that is alright, today is Friday
The man who lost his head stroked
The writings on Raffles feet
From the direction of the Parliament House

The faithful sergeant appeared with two policemen
Running slowly towards
The statue of Raffles to find
The man who lost his head to be on top
Hugging the statue of Raffles and kissing its face

The sergeant and the policemen were appalled
‘What are you doing up there Mat?’
the one who was questioned continued hugging and kissing
‘You are mad Mat! You are Mad!’
and the a crowd started to form around the statue of Raffles
and the crowd looked at the human and the statue of Raffles.