Stills from '10 Tahun Sebelum Merdeka' by Fahmi Reza
Saturday, 15 August 2015
Falsafah Melayu: Kehormatan dalam Intergrasi dan Penyesuaian
Persoalan:
Falsafah masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem kepercayaannya sehinggadianggap sebagai bidang teologi oleh ahli falsafah Barat. Sejauh mana kamu bersetuju
dengan pernyataan ini. Berikan contoh-contoh kukuh untuk menunjukkan pengaruh sistem
Falsafah Melayu: Kehormatan dalam Intergrasi dan
Penyesuaian
Tahun 1850, Seorang pegawai Syarikat
Hindia Timur Belanda menjejakkan kaki beliau ke tanah Palembang. Berpakaian
serba Eropah, panas tropika di tahannya. Nelayan di persisiran pantai terpinga.
Pernah dia membaca tentang penduduk di kawasan ini dalam tulisan yang dicatat
oleh pegawai Eropah yang telah sampai ke Nusantara beberapa tahun sebelumnya,
tetapi ini adalah kali pertama beliau bertemu bersama mereka, pegawai Eropah
itu mengeluarkan pensel dan buku nota beliau. Para penduduk mula mendekatinya.
Ditanya oleh si orang Eropah ‘Apakah awak Melayu?’. Mereka menjawab, ‘Kita ini
orang’ (Maier: 2011, 300)
Mungkin jawapan yang dibalas
terdengar agak janggal jika perkara yang sama berlaku pada zaman ini. Tetapi,
jika kita dapat berfikir sejenak, jawapan itu dapat dilihat sebagai
representasi pemikiran Melayu sebelum jajahan pihak kolonialisme Eropah. Yang
dimaksukdkan disini, jawapan yang diberi tidak menjawab soalan yang ditanya
tetapi pada masa yang sama, tidak salah – Pihak Eropah sangat taksub dengan
sistem ‘mengkategorikan’, mereka membawa pemikiran itu ke Nusantara, dengan
harapan para penduduk disini mempunyai sentimen yang sama, dimana mereka
mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam sistem ‘pergolongan’. Tetapi
jawapan yang diberi, menujukkan bahawa penduduk di nusantara ini mempunyai
minda yang amat terbuka, yang bergerak dengan bebas, dimana, pada zaman
pra-kolonial, sentiment ‘menggolongkan’ diri tidak begitu ketara – Mungkin
mereka sedar mereka Melayu, tetapi pertama sekali, mereka adalah orang.
Perbualan diantara pegawai
Eropah dan penduduk Palembang itu adalah titik tolak wacana ini yang memerlukan
pembahasakan Falsafah Melayu. Persoalan ini telah dikemukakan dalam bentuk pernyataan
‘Falsafah masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem kepercayaan sehingga
dianggap sebagai bidang Teologi oleh ahli falsafah barat.’. Di dalam pernyataan
ini kita dapat mengenal pasti beberapa frasa kunci iaitu – Pertama; Falsafah
Masyarakat Melayu, kedua; Dianggap sebagai bidang Teologi dan ketiga; Ahli
Falsafah barat. Walaupun persoalan ini berlegar diantara hubungan falsafah
Melayu dan hubungannya sebagai sesuatu yang berkemungkinan tergolong dalam bidang
teologi. Faktor ‘Falsafah Barat’ adalah sesuatu yang tidak harus dianggap
sebagai faktor pasif.
Teologi dan Falsafah adalah
cabang-cabang teori yang bersifat ‘Universal’, teori yang dapat di teroka oleh
sesiapun dalam keadaan apapun. Saya mempercayai bahawa keunikkan pembahasan ini
terletak dalam hubungan persepsi dunia barat terhadap dunia Melayu berlandaskan
falsafah kedua-dua dunia ini. Saya kini akan membicarakan persoalan ini pertama
sekali dengan memberi pandangan tegas terhadap pernyataan yang disebutkan – Ia adalah satu kesilapan yang besar jika
Melayu jatuh ke dalam pemahaman ahli falsafah barat yang mengkategorikan
Falsafah Melayu sebagai bidang Teologi secara mutlak.
I. Hubungan Dunia Barat dan
Dunia Melayu: Pemikiran Eropah
Kedatangan kuasa Imperial
Eropah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 menyaksikan penukaran landskap
sosial, politik dan intelektual yang amat terkesan kepada di Nusantara ini.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah kali pertama dunia Melayu merasakan gelombang
kuasa jajahan. Malayu, sebuah kuasa politik pertama Melayu telah ditakluk oleh
kuasa politik lebih besar Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada hujung abad
ke-7. Boleh dikatakan Melayu juga sebuah bangsa penjajah pada awal sejarah
Nusantara. Namun begitu, menurut ahli sejarah Kenneth R. Hall, penaklukan Malayu
oleh Sriwijaya bukanlah berniat untuk menguasai selat Sunda dan Melaka yang
begitu penting bagi perdagangan bersama dunia luar, tetapi penaklukan tersebut
dilakukan untuk menyatukan Bangsa Melayu (Hall: 2011, 113).
Walaupun sistem pentadibiran
negara dibawah naungan kesultanan Melayu Melaka yang bermula pada abad ke-15
sering menjadi kemegahan Bangsa Melayu hingga kini, kita tidak seharusnya lupa
tentang sejarah yang mencorak Melayu sebelum abad ke-15. Geografi Tanah Melayu
yang terletak diantara timur dan barat telah menjadikannya sebuah lokasi yang
sesuai yang menemukan kedua-dua dunia untuk aktiviti perdagangan. Aktiviti
perdagangan antarabangsa oleh Melayu dapat dikaji semula seawal abad ke-5 di
Kedah yang lalu berintegrasi bersama kuasa Sriwijaya (Andaya: 2010, 39)
Interaksi melalui
perdagangan antarabangsa yang juga pada masa yang sama menyaksikan penaklukan
oleh kuasa luar seperti Chola dari India pada abad ke-11 ataupun kuasa dalam
seperti Majapahit pada abad ke-14, tidak hanya membentuk sistem ekonomi di
rantau ini tetapi juga membentuk sistem kebudayaan Melayu. Bermula dengan
kepercayaan animisme yang sinonim dengan kerpercayaan kekuasaan alam,
kebudayaan pengaruh agama Hindu yang lebih konkirt hadir dan memperkenalkan
sistem pentadbiran dan kepercayaan terhadap agama. Kedatangan Islam pula
kemudian menghalusi kebudayaan Melayu dengan lebih jauh lagi melalui syariah
Islam. Menurut ahli sosiologi Pitirim A. Sorokin, kebudayaan hanya dapat
mempertahankan kekreatifannya dengan mengubah dasar-dasar lama dengan
dasar-dasar baru apabila dasar lama telah habis kemungkinannya (Alisjahbana:
1966, 14). Melayu amat memandang tinggi terhadap intergrasi kebudayaan lama dan
baru. Dari itu, Melayu bergerak dengan
falsafah yang mementingkan integrasi nilai dalam pelbagai aspek kebudayaan.
Dunia Melayu telahpun hidup
dalam sistem kebudayaan yang bertamadun yang terbina dari perubahan sejarah
yang dialami sekian berabad-abad lamanya. Dan sudah tentu juga falsafah yang
unik pada masyarakat Melayu telahpun wujud selaras dengan perkembangan tamadun
Melayu. Namun dunia Melayu merasai gelombang pengaruh barat dalam pelbagai
aspek yang bermula pada awal abad ke-19.
Kelainan kemasukkan Eropah ke
Nusantara berbanding kuasa luar lain terletak dalam pemahaman mereka. Dimana kuasa
jajahan mereka bukan hanya terdorong oleh semangat Imperialistik tetapi juga
atas dasar yang tidak kurang pentingnya, iaitu niat untuk merombak pemikiran
Melayu supaya menjadi selaras dengan apa yang mereka percayai ‘gaya hidup dan
pemikiran bertamadun’.
Harus kita sedari, bahawa
penjajahan Eropah terselindung dalam cara mereka mengendalikannya, iaitu atas
dasar ‘Imperilisme Humanitarian’. Dimana secara amnya, ramai yang memahami
dasar ini dapat memajukan lagi masyarakat yang dijajah. Tidak boleh dinafikan
bahawa kemajuan yang telah dikecapi oleh Melayu sedikit-sebanyak terjadi atas
kuasa jajahan. Namun begitu kita harus memahami niat ‘Imperialise Humanitarian‘
dengan lebih mendalam lagi.
Bangsa Eropah mempercayai
bahawa mereka adalah bangsa termaju dan bertamadun, dan yang pertama sekali
mencapai kesedaran politik, gagasan kedaulatan rakyat dan bangsa (Arifin: 2006,
17) Pemikiran ini diterapkan lebih mendalam lagi apabila teori Darwinisme
berputik, meningkatkan lagi kepercayaan bangsa berkulit putih bahawa mereka
lebih mulia berbanding dengan bangsa kulit lebih gelap yang dianggap lebih
cenderung ke kegasaran dan kejahatan (Morris: 1968, 137). Pemikiran ini dapat
diselengarakan dalam bentuk kepercayaan bahawa bangsa Eropah harus memimpin
Bangsa bukan Eropah kepada nilai ketamadunan, berpolitik secara betul dan
mempertahankan tradisi liberal (Arifin: 2006, 21). Pemikiran ini mendapat sokongan
kalangan elit Eropah yang kemudian dihantar untuk meneroka kawasan-kawasan yang
berpontensi untuk dijajah.
II. Hubungan Dunia Barat dan
Dunia Melayu: ‘Hard-Line’ - Mengakategorikan
Pemikiran ‘Imperialisme
Humanitarian’ yang bersifat sangat konkrit dan dipegang dengan kuat oleh pihak Kolonial
dalam misi mereka juga menimbulkan sikap ‘Hard-Line’. Dimana dalam pemikiran
ini, Bangsa Eropah harus menjadi asas setiap perbandingan dan sumber rujukan dalam
sebarang rujukan (Arifin: 2006, 17). Ini menyebabkan ketidak-endahan atau
kurang endah terhadap segala aspek yang telah wujud dalam kawasan yang mahu
dijajahinya. Meninjau kembali persoalan wacana ini dimana ahli falsafah barat
telah menganggap bahawa falsafah Melayu adalah sebuah bidang teologi, ini
adalah sebuah refleksi pemikiran barat yang masih berlegar dalam sistem
‘hard-line’. Dalam erti kata, ahli falsafah barat yang tergolong dalam Bangsa
Eropah memandang tinggi kepentingan mengkategorikan sesuatu atas dasar yang
dicipta oleh mereka tanpa memahami apa yang telahpun wujud. Keunikkan atau
kelainan definasi ‘Falsafah’ dalam dunia Melayu tidak dianggap sebagai
‘Falsafah’ tetapi sebagai ‘Teologi’ kerana bentuknya tidak ‘sama’ seperti bentuk
falsafah yang difahami dunia barat. Mengkategorikan falsafah melayu sebagai
Teologi adalah satu kesilapan kerana ia seakan mempersia-siakan pembentukan
falsafah yang bukan hanya berteraskan kepercayaan yang telah wujud dalam dunia
Melayu hanya kerana dianggap ‘tidak setaraf’ didalam pandangan dunia barat.
III. Falsafah Melayu : Dari
sudut pandang Sutan Takdir Alisjahbana
Falsafah secara ‘universal’
dibina oleh 3 faktor utama walaupun rumusannya berbeda-beda: Metafisika, Teori
Pengetahuan dan Nilai. Sistem falsafah tercetus apabila integrasi ketiga-tiga
faktor terjadi. Tiap-tiap sistem falsafah mempunyai tekanan faktor yang
berbeda-beda tergantung kepada ahli falsafah itu sendiri. (Alisjahbana: 1966, 1)
A. Nilai
Didalam wacana penerangan
pemahan saya terhadap falsafah Melayu, saya ingin menggunakan faktor ‘Nilai’
sebagai rangka penerangan. Menurut sasterawan dan ahli falsafah Melayu asal
Sumatra, Sutan Takdir Alisjahbana, faktor ‘Nilai’ adalah titik penemuan faktor
Metafisika dan Teori pengetahuan.
Konsep hidup yang
diterangkan oleh Sutan Takdir Alisjahbana adalah ‘Keseluruhan berintegrasi yang
terbatas menurut waktu, yang menjelma dalam pertumbuhan, yang berhubungan dan
menyesuaikan diri dengan sekitarannya.’
Proses integrasi dan penyusaian ini pula dimasukkan dalam konsep Budi
dimana adanya kesedaran terhadap proses mempengaruhi antara kehidupan manusia
bersama kehidupan alam, masyrakat dan lingkungan kebudayaannya (Alisjahbana:
1966, 4). Kehidupan adalah satu proses penyesuaian dan intergasi yang
berterusan memerlukan manusia menilai dan memilih. Proses penilaian pula
dikatakan sebagai ‘ciri manusia terpenting dalam kehidupan inidividu,
masyarakat dan kebudayaan’ dan mempunyai ‘Penerapan praktikal. (Alisjahbana:
1966, 4)
Sebab utama faktor ‘Nilai’
yang diterangkan oleh Sutan Takdir Alisjahbana dipilih untuk merepresentasikan
Falsafah Melayu adalah kesedaran beliau akan kepentingan Integrasi dan
Penyusaian dalam dunia Melayu. Walaupun keterangan beliau bersifat ‘universal’,
pemahaman yang dilukiskan amat sinonim dengan pertumbuhan kebudayaan Melayu
yang juga merangkumi Falsafah Melayu.
Menurut Sutan Takdir
Alisjahbana, Nilai dibina oleh 6 faktor utama, iaitu: Benda-benda Ekonomi, Benda-benda
Teori, Benda-benda Politik, Benda-benda Sosial, Benda-benda Estetik dan Benda-benda
Agama.
i.
Benda-benda Ekonomi
tergantung kepada kesedaran jika sesuatu itu dapat menguntungkan atau merugikan.
ii.
Benda-benda
Teori dapat juga difahami sebagai gugusan Ilmu Pengetahuan. Yang tergantung didalam
sifat penilaian benar atau salah. Dimana kebenaran ada postif dan kesalah
adalah sebuah kekeliruan.
iii.
Benda-benda
Politik adalah benda-benda yang mewakili Kuasa. Dimana kesan positif adalah
satu Kekuasaan dan kesan negative adalah satu ketertundukan.
iv.
Benda-benda
Sosial adalah representasi solidaritas. Yang menekankan nilai-nilai dalam
hubungan sesama manusia. Logik solidaritas adalah Kesetiaan. Terutamanya dalam
hubungan sosial.
v.
Benda-benda
Estetik pula dapat difahami sebagai Nilai Seni adalah pemahaman estetik dimana
sesuatu yang indah adalah sesuatu yang positif dan tidak indah adalah sesuatu
yang negatif.
vi.
Akhir sekali
adalah Benda-Benda Agama dimana nilai keagamaan adalah hubungan kepercayaan
antara individu dan yang ghaib. Keghaiban adalah sesuatu yang tidak terdefinasi
tetapi menurut Sutan Takdir Alisjahbana ‘ia tidak melumpuhkan manusia, malahan
sebaliknya mengaktifkannya dan membawanya kedalam ketegangan dan dinamik yang
dahsyat’
(Magnis-Suseno: 2005, 135)
B. Proses Penilaian
Integrasi keenam-enam faktor
Nilai ini tercetus dalam 3 proses penilaian. Pertama: Proses Politik-Sosial
yang merupakan aspek organisasi sosial dalam
kebudayaan. Kedua: Proses Agama-Estetik merupakan aspek ekspresif dalam kebudayaan. Ketiga: Proses Teori-Ekonomi yang
merupakan aspek progresif kebudayaan.
Walaupun proses ini telah dibahagikan dalam 3 bahagian, keenam-enam faktor itu
tidak terpisah secara mutlak. Sifat ketiga-tiga proses ini saling berkorelasi
dan saling bergantung antara satu sama lain.
IV. Masa depan Falsafah
Melayu
Sejarah Melayu yang unik
telah menyaksikan proses penilaian tersebut berkolerasi antara satu sama lain.
Penubuhan tamadun, kemasukkan agama baru dan kejatuhan pemahaman religius lama,
kedatangan ilmu pengetahuan luar, penumpasan kuasa lama, kebangkitan semula
semangat baru dan bermacam-macam lagi. Melayu bukanlah satu bangsa yang statik,
tetapi sebaliknya, dan melalui perjalanan sejarah tercetuslah falsafah. Falsafah Melayu mencerminkan kepekaan dan
kehormatan dalam penyesuaian dan integrasi bedasarkan cabang-cabang yang
membina Nilai, bukan hanya
berdasarkan sistem kerpercayaan sahaja.
Tidak ada yang statik dalam
penghidupan manusia. Begitu juga falsafah Melayu, kita tidak akan dapat
mendefinasikan falsafah Melayu secara lengkap. Tetapi apa yang penting sebagai
Bangsa Melayu, kita harus berpegang teguh kepada pendirian yang telah dibina
dan maju kehadapan tanpa gentar dengan unsur-unsur negatif yang dapat merubah pemahaman
kita. Kata-kata Sutan Takdir Alisjahbana berbunyi ‘Kita harus menekankan bahwa
bukanlah nasib yang menentukan pribadi, masyarakat dan kebudayaan manusia,
tetapi adalah etik pribadi, masyarakat dan kebudayaanlah yang menentukan nasib
manusia.’ (Alisjahbana: 1966, 328)
Bibliografi
Maier, Hendrik M.J. “Melayu and Malay – A story of
appropriate behavior’’ dlm Melayu – The
Politics, Poetics and Pardoxes of Malayness, hlm. 300-329, 2011. Singapore:
NUS Press.
Hall, Kenneth R. A History of Early Southeast Asia. 2011. Maryland: Rowman &
Littlefield Publishers, Inc.
Andaya, Leonard Y. Leaves of the same tree – Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka.
2010. Singapore: NUS Press.
Alisjahbana, Sutan Takdir. Antropologi Baru: Nilai-nilai sebagai tenaga integrasi dalam Pribadi,
Masyarakat dan Kebudayaan. 1966. Jakarta, Indonesia: Penerbit P T Dian
Rakyat
Azmi Arifin. “Imperialisme Eropah dan Warisan
Pemikiran Tentang Nasiolisme Melayu’’ dlm Nasiolisme
dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia, hlm. 16-43, 2006. Malaysia: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Morris, James. Pax
Britannica: The Climax of an Empire. 1968. London: Faber & Faber.
Magnis-Suseno, Franz. Pijar-pijar Filsafat – Dari Gatholoco ke Filsafat Perempuan dari Adam
Muller ke Postmodernisme. 2005. Yogyakarta, Indonesia: Penerbit Kanisius.
Friday, 24 July 2015
The Ballad of the man who stood in front of the statue of Raffles
Suratman
Markasan
Balada
Seorang Lelaki di Depan Patung Raffles
(The Ballad of the man who stood in front of the statue
of Raffles)
29 December
1979
Pak Suratman Markasan was
born in Pasir Panjang, Singapore in 1930. He started writing in the early 1950s
and later held important roles in the Malay literary movement ASAS50. I was a
little skeptical about his writings at first knowing that his recent works were
based on his philosophy of ‘Sastera untuk Islam’ or ‘Literature for Islam’.
However, I was beyond excited to find this gem of his written in 1979. Written
originally in Bahasa Melayu, the poem is a brave critic on the suffering that
‘the man who lost his head’ and his people had to go through under the
colonizing power of the British, in which Raffles is being portrayed as biggest
culprit.
It is a rather long poem, and
you must excuse my translation, as I myself feel that is impossible to
translate poetry. But I’ve tried my best! Here’s to SG50!
-
The Ballad of the man who
stood in front of the statue of Raffles
I
Day One: dead wind rigid sun
Motorcycle Beetle Bus Truck
Taxi Car Prime Minister
Expulsion of black smoke
filled with poison
To the face of Raffles I smiled
stiffly
To the nose of the man who
lost his head
To the eyes of the faithful
sergeant
To the red lips awaiting for the
bus
Including the poster ‘Keep
Clean’ it has nested
Raffles smiled stiffly
The man who lost his head
sputtered
‘I’ve told you a thousand
times
You cheated my ancestors dead
and alive
You stole their possessions greedily
You shared it amongst friends
of the enemies
You heard that Raffles? You
heard?
I should have brought you to
justice
To PBB in New York
Unfortunately, the judge
doesn’t have any teeth.’
The man who lost his head
whimpered
The crowd started whispering
The faithful sergeant moved his
seat
Head moving finding grip
Raffles smiled stiffly
The equator’s sun continued
to pinch and press
The skin felt dry and
withered
The man who lost his head
burst out laughing
He jumped from his squat
He pointed to Raffles who was
asleep
‘I will bring you forward to
Khomeini
let your body be nested in
silver
your head and your neck
strangled
hungry extremist and roaming
justice’
He squats again. Ponders
again.
He jumped suddenly and pointed
‘Your fate is still well
Raffles
Khomeini is still fighting
his own relatives
He is unwilling to speak to
you’
Evening, the man who lost his
head retreated orderly
Raffles smiled in his trial
The faithful sergeant made a
report;
‘I thought he was crazy!’
Two ladies of his race in
yellow singlet
Whispered ‘Who is the crazy
one?’
II
Day two: The sun finally
rises
Just like yesterday, the man
who lost his head squats
Above him is Raffles with his
arms folded, downcast
Remembering The Fame engulfed
in flames
Devouring the Malay treasures
of millions of dollars
Suddenly his thoughts were
disrupted
Temasek evolved to Majulah
Singapura
Chests full of brittling gold
expands
Citizens of the King and
Queen
Simultaneously the man who
lost his head stood up
‘I will curse you for your
sins for seven generations
you welcomed Farquhar and
Lord Minto
your investigations were
fine. Opened the doors of my city
Traders Laborers of the
leaders expanding pockets
Building Temasek to be
Singapura
Together with them entered
the cheaters robbers murderers
I am left with bones and
teeth
I curse you for seven
generations without any delay!’
The petite lady the lobster
Eurasian
The lady in shorts the Malay
forgot her decency
Grinning while saying
‘What’s that mad guy doing,
mann?’
The faithful sergeant stood
quietly
His head recorded the
atmosphere his eyes noted
The thighs of young maiden
and beautiful faces
The man who lost his head
pointed again
‘You are smart. You are
well-liked by many
Abdullah praises you till his
bones are black
Your words are like a sea of
honey
That are able to break the
unsure rocks
Tengku Long was trapped to be
Sultan
Fed and carried
Bathe in skies of the angel’s
heaven
Salary given as much as he
wanted
To be the mouth with eyes
shut’
He pointed again silently
And retreated without a word
The confused sergeant laughed
III
Day three: In front of the
deserted bus stop
Raffles continues to stand
without weary
The man who lost his head
continues to swear
The poster read: ‘Stop at
two!’
Accompanied by: ‘Try to be
polite!’
Raffles laughed. The lives of
the citizens are finally in order!
‘Berhenti! Stop!’
The man who lost his head
pointed and shouted
The mass society who are
waiting for their bus
Panicked and angered but just
for short while
‘Everyone let’s look at
Raffles who is getting tired
he will collapse in a while!’
and he laughed alone
‘Everyone look at this white
man
I am not dumb. But that
Raffles
You welcomed Crawfurd
A big liar from a big race
Seven generations of his will
be struck by lightning
You allowed him to deceive
Husin Syah
Your people seized my country
I curse your descendants for
seven generations
Will revolt for revolt
He points in exhaustion
‘I am left with teeth and
gums
you heard that? You heard
that Raffles?’
Raffles smiled with his arms
folded
Sergeant giggled, his report
is little
IV
Day four: He stood by the
river
Brooding over the small waves
of the Singapore River
He sat a nearby bench
Faithful sergeant faithfully
waiting
Suddenly he was taken aback
‘You’ve changed into white
today
do you think I’ve turned old
that I no longer recognize
you?
I will continue to hunt you
Just like sergeant peeking on
me in the daylight!’
The faithful sergeant flushed
Unable to react just like Raffles
He broods over the peaceful
waves as peaceful as his eyes
‘Raffles Farquhar Crawfurd
Walter Raleigh
and the leaders of the world
now
Are indifferent: 2 x 5 = 10
They keep the cheaters
They look after the
executioners
They free the murderers
‘Astaghfirullah!’ exclaimed
the faithful sergeant
‘You are mad! You are mad!
‘I am mad? You are mad!
Raffles is mad! T’ien Tin Hui is mad! Everyone in the world are mad!’
they are still killing each
other
little murders massive
murders
you are mad! I’m not mad!’
and he walked away quickly
V
Day five: He wore a white
Baju Kurung
With Samarinda Kain Pelikat
complete with a white Songkok too
He stood at the mouth of the
river
In front of the statue of
Raffles in white shirt in white pants
‘I am not going to curse at
you today Raffles
Abdullah said you were a nice
man
That you did not like to
swear
That you did not
differentiate the rich from the poor
You did not like to be
addressed as ‘mister’ or ‘sir’
Only Abdullah knew of your
intentions
But that is alright, today is
Friday
The man who lost his head stroked
The writings on Raffles feet
From the direction of the
Parliament House
The faithful sergeant
appeared with two policemen
Running slowly towards
The statue of Raffles to find
The man who lost his head to
be on top
Hugging the statue of Raffles
and kissing its face
The sergeant and the
policemen were appalled
‘What are you doing up there
Mat?’
the one who was questioned
continued hugging and kissing
‘You are mad Mat! You are
Mad!’
and the a crowd started to
form around the statue of Raffles
and the crowd looked at the
human and the statue of Raffles.
Monday, 22 June 2015
Malay Rulers: The symbol of Malay supremacy at the edge of relevance
Malay
Rulers: The symbol of Malay supremacy at the edge of relevance.
I
recently completed a book written by Syed Husin Ali titled ‘The Malay Rulers:
Regression or Reform?’ and it ended with me having a conclusive emotion
expressed in one word: Circus. Although there are numerous times where I found
myself mentally ‘facepalm-ing’, too embarrassed by the extent of ridiculousness
of my people, I must admit I am glad to be able to read on them. Of course, the
book was not meant to degrade the position of the Malay rulers, but simply
questioning their position in the modern state running on the system of dual
governance.
There
was a brief history on the beginnings of the Malay rulers and their
significance pre-colonisation. There was an introduction to the concept of
‘Kedaulatan’ of the Sultans which led to other terms such as ‘Derhaka’
(disloyalty) introduced through the narrative of Demang Lebar Daun and Sri Tri
Buana. The term ‘Slave Mentality’ certainly sees itself as a repeated theme
throughout a book, one of the many outdated ideas that still persists till
today. It begins with the people’s relationship with the Malay rulers thousands
of years ago. Where the people would refer to themselves as ‘patik’ which means
slave or dog and the term ‘menjujung duli’ which carries the meaning of
‘carrying the ruler’s feet on the head) is being used while addressing the
ruler.
Colonisation
came and it certainly challenges the long tradition of ‘Kedaulatan’ of the
rulers. British residents in various states slowly took over administrative
duties and in some cases, driven by their greed for power had come up with
plans to strip the Malay rulers from their governing power. This does not come
with no retaliation, British resident in Perak
J W W Birch was stabbed to death with a spear at the Perak River after
ignoring the warning given by Pasir Salak chieftan Maharaja Lela whom refused
to accept the authority of Birch. There were also many other well-known rebels
hailing from different states, people like Tok Janggut from Kelantan and Tok
Gajah and Mat Kilau from Pahang.
Side
note: The term ‘Maharajalela’ is a term to describe someone whom do as he
pleases in Bahasa Melayu. Many would not know that Maharaja Lela is an actual
historical figure. It has been argued that the term ‘Maharajalela’ was
introduced by the British as an insult to the Malays due to the murder of their
resident.
The
colonial presence in Malaya has also witnessed great changes in the movements
of hierarchy in the traditional court of the Malay rulers. There were a couple
of incidents where the rightful heir to the throne was ousted and being
replaced by a more favourable candidate by the British. The dethroning of
Sultan Ali of Terengganu, an Oxford educated sultan who had shown ‘aversions
towards British colonial rule’ who was later replaced by the uncle of
Terengganu’s chief minister Dato’ Jaya Perkasa whom the British garnered strong
suppprt from.
Our
independence in 1957 opens a new phase in the chapter of the Malay rulers
world. Here there are faced with new challenges in keeping their relevance in
the system of modern governance. The importance and relevance of the
traditional Malay rulers are being questioned even further. Could the country
survive if the tradition of Malay rulers were abolished? Or is it important to
integrate the old into the new for as long as we could as to upkeep the
‘special position and supremacy’ of the Malays as a whole?
Wardah
Mohamad
June
2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
